Forum Sahabat Silat

Bahasa Indonesia => Aliran Pencak Silat => Topic started by: Pesona on 07/08/2007 08:46

Title: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Pesona on 07/08/2007 08:46
Salam persilatan pada semua sahabat di sini

Saya mohon tanya, apa ada para sahabat di sini yang bisa menceritakan tentang asal usul Silat Sendeng? Yang saya tau dari guru ku, ia berasal dari para pahlawan Bugis di daerah Makassar, Sulawesi? Namun saya ingin lebih tau lebih mendalam tentang sejarah, permainannya etc. 

Terima Kasih.

Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Maheso_Jenar on 07/08/2007 10:46
Salam persilatan pada semua sahabat di sini

Saya mohon tanya, apa ada para sahabat di sini yang bisa menceritakan tentang asal usul Silat Sendeng? Yang saya tau dari guru ku, ia berasal dari para pahlawan Bugis di daerah Makassar, Sulawesi? Namun saya ingin lebih tau lebih mendalam tentang sejarah, permainannya etc. 

Terima Kasih.

Wah mas kebetulan sekali, rekan2 dari forum sedang melakukan penelitian tentang aliran dari sulawesi (sebagai salah satu sumber pencak silat indonesia) ...mas bisa kita ketemuan ngak bersama dengan rekan2 dari forum (posisi mas dimana)...nanti kita diskusi bareng2 ..tolong japri dong no.hp atau no.contak lainnya ke eko1311@gmail.com

Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Pesona on 08/08/2007 09:32
Saya telah diperkenalkan pada Seni Sendeng ini oleh seorang teman. Amat tertarik pada jurus-jurusnya yang amat lembut, tetapi berbahaya (menurut teman ku). Gerak kaki, tangan dan badan senantiasa menyendeng (tidak lurus, seperti jenis2 silat yang lainya).Nah, keunikan seni ini amat mengguncang hatiku ingin tau lebih mendalam lagi tentang Seni ini. Jika ada para sahabat yang lebih arif, maka ku pohon silahkan saja komentar di sini.
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: agatsu on 09/08/2007 10:43
Mohon maaf numpang komentar nih? Menurut teman saya yang belajar Sendeng, Silat Sendeng itu menurut sejarahnya diciptakan oleh perempuan (mirip Wing-chun ya?) dan cuma mempunyai 7 jurus, 6 jurus diajarkan oleh guru, sedang jurus ke 7 kreasi sendiri dari 6 jurus tadi, jadi jurus 7 itu tidak akan pernah sama satu sama lain, demikian adanya pemahaman saya. CMIIW
Silat Sendeng banyak dipelajari di Sulawesi Selatan utamanya daerah yang suku Bugis banyak berdiam.
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: gehan on 23/08/2007 15:44
 ^:)^
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Nagapasa on 23/08/2007 15:59
Bos Pesona,

saya agak bingung dengan istilah 'Nyendeng' atau 'Sendeng', sebenarnya yang di maksud Sendeng itu apa sih? Miring atau bagai mana ?

mohon di beri pencarahan saya yang awam ini.

www.nagapasa.multiply.com

Saya telah diperkenalkan pada Seni Sendeng ini oleh seorang teman. Amat tertarik pada jurus-jurusnya yang amat lembut, tetapi berbahaya (menurut teman ku). Gerak kaki, tangan dan badan senantiasa menyendeng (tidak lurus, seperti jenis2 silat yang lainya).Nah, keunikan seni ini amat mengguncang hatiku ingin tau lebih mendalam lagi tentang Seni ini. Jika ada para sahabat yang lebih arif, maka ku pohon silahkan saja komentar di sini.
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: amirulhusnitekpi on 26/08/2007 23:17
Assalamua'laikum

Kalau rakan-rakan belum lihat aksi dan seni Silat Sendeng Malaysia di youtube.com, silalah melawat seperti dibawah jika ada masa.

Silat Sendeng Malaysia kalau tak silap saya adalah gabungan Pukulan Sendeng dan Kuntau Teluk Mas. Pengasasnya, Allahyarham Hj. Hamid menggabungkan kedua-dua perguruan kerana Allahyarham mengatakan Sendeng kuat serangan, tapi pertahanan tak seberapa, manakala Kuntau kuat pertahanan, tapi serangan tak seberapa. wallahua'lam. Harap ada pesilat Sendeng Malaysia yang boleh mengulas lebih lanjut.

http://www.youtube.com/watch?v=FQ2hjMuNX20

http://www.youtube.com/watch?v=ywuRuX9EQEA

http://www.youtube.com/watch?v=4QyHlIWscQQ

Wassalaam

Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Ranggalana on 26/08/2007 23:23
Bos Pesona,

saya agak bingung dengan istilah 'Nyendeng' atau 'Sendeng', sebenarnya yang di maksud Sendeng itu apa sih? Miring atau bagai mana ?

mohon di beri pencarahan saya yang awam ini.

www.nagapasa.multiply.com

Saya telah diperkenalkan pada Seni Sendeng ini oleh seorang teman. Amat tertarik pada jurus-jurusnya yang amat lembut, tetapi berbahaya (menurut teman ku). Gerak kaki, tangan dan badan senantiasa menyendeng (tidak lurus, seperti jenis2 silat yang lainya).Nah, keunikan seni ini amat mengguncang hatiku ingin tau lebih mendalam lagi tentang Seni ini. Jika ada para sahabat yang lebih arif, maka ku pohon silahkan saja komentar di sini.

Salam silat semuanya,

Saya pernah dengar silat sendeng lahir dari awak kapal yang bersilat di tangga dan balok layar jadi tak bisa jalan lurus harus menyamping.

Betulkah?

Amirul! Makasih untuk link youtubenya sayang saya di kampung dial-up, tak mampu liat film. Namun saya ada permintaan buat Amirul, mohon kiranya Adek ajak pesilat malaysia lainnya bergabung di sini untuk kejayaan serumpun. Tak kan hilang Melayu di dunia!

Salam hangat,
Bram
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: amirulhusnitekpi on 26/08/2007 23:39
Assalamua'laikum

Nak saya panggil pesilat Malaysia lain Pak?  :D

Saya rasa dah banyak pesilat Malaysia yg sudah datang ke sini. Cuma mungkin sebab mereka tidak mahu ikut serta dlm perbincangan atau menjadi ahli ialah kerana perkara-perkara yg dibincangkan tidak berkaitan dgn budaya, warisan atau persilatan mereka.

Tetapi jika diadakan topik seperti Silat Sendeng ini, inshaAllah, lambat laun pasti ada pesilat Malaysia yg akan turut serta dlm perbincangan. Di Malaysia sendiri terdapat banyak perguruan Sendeng seperti Sendeng Malaysia/Muar/Hj. Hamid, Sendeng Hanuman/Laila Putra, Sendeng Betawi, Sendeng Asli, Sendeng Cimande, Sendeng Hanafi, Sendeng Jebak Purba dan lain-lain.

Jika diwujudkan topik-topik yg bukan sahaja menyentuh warisan budaya persilatan Indonesia, tetapi juga Malaysia, Singapura dan Brunei, inshaAllah, pesilat-pesilat negara2 itu akan kunjung tiba.

Wassalaam
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Ranggalana on 27/08/2007 07:03
Assalamualaekum semuanya,

Jadi, menurut pengetahuan para sahabat Malaysia, benarkah silat sendeng berasal dari keterbatasan jalan di perahu / kapal dan benarkah berasal dari bangsa Bugis?

Dan setelah berkembang menjadi bermacam silat Sendeng, misal Sendeng Cimande bagaimana pula percampuran itu?

Wassalam,
Bram
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: amirulhusnitekpi on 27/08/2007 15:12
Assalamua'laikum

Tentang sejarah asal Sendeng itu, saya tiada komen kerana saya bukan ahlinya. Biar pesilat Sendeng sendiri yg menerangkan.

Saya akan beritahu sikit tentang sejarah Silat Sendeng Cimande. (saya merujuk majalah Seni Beladiri bil. 54)

Silat Sendeng Cimande diasaskan oleh Tok Guru Zainal Sarman, atau lebih mesra dipanggil Wak Nal. Saya tak tahu samaada Wak Nal ini masih hidup atau tidak, tapi kalau dia masih hidup, umurnya sekarang sudah mencecah 96 tahun.

Kronologi pembelajaran ilmu silat oleh Wak Nal ialah seperti berikut;

1) Silat Sendeng - dgn Pendekar Amri (waktu Wak Nal berumur 12 tahun, atau tahun 1923)

2) Silat Sendeng - Guru Selamat

3) Silat Sunda - Pendekar Kassim

4) Silat Cimande - Guru Kasan

5) Silat Cimande - Guru Samad Pami

6) Silat Cikalong - Guru Nasron

7) Silat Sendeng - Guru Salatun (berketurunan Acheh)

8 ) Silat Cimande - Guru Saminor (guru terakhir)

Selepas 79 tahun bersilat dan mengajar silat, Wak Nal tidak pernah terlibat dengan sebarang pergaduhan. wallahua'lam

Semoga ada pesilat Sendeng Cimande yg boleh menerangkan lagi tentang perguruan mereka, inshaAllah.

Sekian
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: amirulhusnitekpi on 27/08/2007 15:28
Assalamua'laikum

Sedikit sejarah Silat Sendeng Jebak Purba (merujuk majalah Seni Beladiri bil. 112).

Silat ini dikatakan ada hubung kait dgn Panglima Hitam atau Pak Hitam Layak di Kuala Linggi yang menguasai perairan Selat Melaka suatu ketika. Dikatakan panglima itu membawa ilmu Sendeng.

Panglima ini juga dikatakan terlibat dalam membantu Raja Selangor dalam peperangan menewaskan kongsi gelap di negeri Selangor.

Pak Hitam Layak ini diminta utk bertarung dengan seorang pahlawan Tionghua yang mana di hujung rambut panjang pahlawan Tionghua itu diikat dengan senjata yang menyerupai kapak kecil. Panglima itu berjaya memotong rambut pahlawan Tionghua itu dan membunuhnya. wallahua'lam...

wassalaam
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Guru Sendeng on 29/08/2007 14:39

Assalamualaikum semua saudara sepersilatan,

Ijinkan saya mengupas sedikit tentang seni silat sendeng ini kernanya saya rasa amat terpanggil untuk menyumbang sedikit akan info yg benar dan tepat tentang silat sendeng ini apatah lagi saya sendiri adalah pengamal sendeng juga tenaga pengajar silat sendeng ini di Malaysia (Seni Silat Sendeng Malaysia).

Seni Silat Sendeng Malaysia
Seni Silat Sendeng Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Seni Silat Sendeng Muar telah diasaskan oleh Allahyarham Haji Abd Hamid Hj Hamzah di Sungai Mati, Muar, Johor. Beliau telah mewarisi pembelajaran Seni Silat Sendeng ini dari ninda-ninda beliau yang terkenal dengan kehebatan ilmu kependekaran dan persilatan mereka sejak awal abad ke-20 yang silam.
Perguruan ini merangkumi persilatan dari 3 aliran yang terkenal dizaman silam iaitu Kuntau Telok Mas, Pukulan Sendeng dan Pukulan Sendeng 7 Hari. Ketiga-tiga jenis aliran persilatan ini diajar secara berperingkat yang dinamakan Kuntau 3 bulan, Sendeng dan Sendeng 7 Hari. Setiap satu diperturunkan sama seperti aliran persilatan yang asal tanpa mengubah atau mencampur aduk permainan.
Bagi Kuntau 3 Bulan pelajarannya terdiri dari tari dan langkah silat melayu yang asli seperti lela sembah, lompat tiong , lebah mengurap, lipat pandan dll, permainan senjata seperti keris, tumbuk lada , tekpi ,pedang , pedang perisai dan tembong. Juga terdapat belebat kuntau , pecah kuntau,pernafasan lian dan pukul selain dari tangkapan dan kuncian. Dalam permainan Sendeng terdapat belebat, langkah dan pukul termasuk cara menyerang tangan kosong dan sparing. Permainan sendeng 7 hari lebih menumpukan kepada membaca gerak dan melapis pukul sendeng serta mengenali sasaran lemah pada lawan. Dalam peringkat ini cara bertahan atau menyerang tidak bergantung kepada lawan.

Salasilah dan Pengasas Seni Silat Sendeng

Long Mamat

Long Mamat ialah seorang pendekar keturunan Bugis yang berasal dari Pontian, Johor. Beliau bertanggungjawab mengembangkan ilmu Pukulan Sendeng di Muar pada penghujung kurun ke19 (1885-1910an). Long Mamat juga dikatakan pernah merantau ke Negara Brunei Darussalam dan Kalimantan. Dipercayai beliau menggunakan nama dan gelaran yang berlainan pada tempat-tempat yang disinggahinya.
Dari mana asal Pukulan Sendeng yang dibawa oleh beliau tidak jelas tetapi terdapat 2 cerita bagaimana beliau mempelajari aliran persilatan ini;
1.   Long Mamat mempelajari pukulan sendeng dari empat orang saudaranya diatas kapal. Kisah ini disampaikan oleh cicit Long Mamat kepada Allahyahyarham Hj Ismail Hj Hamzah.
2.   Beliau mempelajarinya dari seorang bapa saudaranya di Parit Raja, Muar setelah ditewaskan sewaktu mencuba bapa saudaranya itu. Pada waktu itu beliau telah tamat berguru dengan 39 orang guru silat. Kisah ini diceritakan oleh seorang tua di Parit Bakar, Muar kepada Allahyarham Hj Ismail Hj Hamzah.

Menurut Bapak Aidinal Alrashid, seorang guru Pencak Silat Bugis-Makassar, Sendeng adalah sejenis aliran silat yang berasal dari Tanah Ugi atau tanah Bugis yang terletak di Sulawesi Selatan, Indonesia. Sendeng telah tersebar ke merata tempat di Indonesia dan juga Malaysia bersama-sama dengan penghijrahan orang-orang Bugis dan Makassar sejak ratusan tahun dahulu. Menurutnya lagi, Long Mamat mempunyai seorang anak yang dikenali sebagai Mat Koleng yang meneruskan usaha mengembangkan Pukulan Sendeng.
Pada awal abad ke 19 ( 1885-1910) Long Mamat yang pada ketika itu bermastautin di Padang, Muar, telah dijemput oleh penghulu mukim Serom, Muar, ketika itu iaitu Penghulu Hj Abdulah (ninda kepada YAB Menteri Besar Johor kini, Datuk Abdul Ghani Othman) untuk mengajar pukulan sendeng di Serom. Seramai 5 orang pendekar telah dipilih setelah diadakan satu pertandingan di Serom.
Kelima-lima orang itu ialah Hj Taman bin Dagang, Pak Unggal Khalil (adik Taman Dagang), Hj Mohd Arif Shamsu, Pak Habib dan Naib Nalang. Selain di Serom , Long Mamat juga mempunyai ramai murid terutama dikawasan Parit Bakar hingga ke Parit Raja, Muar. Salah seorang murid beliau yang dapat dikesan di Parit Samsu, Muar, ialah Haji Baba Bin Makruf (1901-1984). Anak cucu beliau di Pontian, Johor pula mengembangkan silat kuntau sendeng yang diterajui oleh cucunya iaitu Penghulu Zakaria Kasim.

sekian dulu untuk waktu ini....bakal disambung...
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Guru Sendeng on 30/08/2007 08:09

Silat Sendeng Malaysia kalau tak silap saya adalah gabungan Pukulan Sendeng dan Kuntau Teluk Mas. Pengasasnya, Allahyarham Hj. Hamid menggabungkan kedua-dua perguruan kerana Allahyarham mengatakan Sendeng kuat serangan, tapi pertahanan tak seberapa, manakala Kuntau kuat pertahanan, tapi serangan tak seberapa. wallahua'lam. Harap ada pesilat Sendeng Malaysia yang boleh mengulas lebih lanjut.

Wassalaam

Saudara Amirul,
Statement di atas tidak tepat sama sekali maaf ya, biar saya perincikan di sini..
Silat Sendeng Malaysia memang menggabungkan kaedah Pukulan Sendeng dengan Kuntau Telok Mas. Seni Sendeng adalah seni yang mempunyai kaedah pertahanan dan serangan yg sangat baik dan hebat bahkan Pukulan Sendeng Tujuh Hari sangat menggerunkan. Ini kerana maksud rangkaikata 'Sendeng' itu sendiri adalah bermaksud 'tempat bertahan atau berlindung yg kukuh dan rapi' maka oleh kerana nature posisi 'sendeng' atau 'nyendeng' sudah sedia dalam keadaan bertahan jadi sebab itulah Sendeng kelihatannya cekap menyerang!!!
Kuntau pula adalah sebagai complement kepada seni sendeng tadi! Sifat seni Kuntau yang berkekuda kemas dan kukuh mantap menguatkan lagi seni Sendeng tadi. Jadi apabila seorang pakar sendeng melakukan pergerakan dia mampu menukar sikap dari kuntau ke sendeng atau dari sendeng kepada kaedah kuntau berdasarkan kepada situasi yg mana perlu namun kedua seni kuntau dan sendeng ini boleh berdiri sendiri tetapi jika digabungkan hasilnya lebih lumayan gitu...
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: amirulhusnitekpi on 30/08/2007 11:16
Assalamua'laikum

Maaf kalau tak tepat sama sekali  :D nampaknya info yg saya dapat tak boleh dipercayai.

Guru Sendeng mengajar kat mana? di Bentong dgn cikgu Jamaludin ka?

Betul ker Cikgu Jamaludin buka Silat Sendeng Haji Hamid pula? dia masih presiden SSM?

wassalaam
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Guru Sendeng on 30/08/2007 12:09
Salam untuk anda saudara Amirul,

Tak mengapa jika anda tidak dapat info yg tepat dan benar tentang Sendeng... :)

Ya saya mengajar sendeng di serata tempat dan tak menentu juga jika ada undangan untuk minta tolong saya mengajar maka di situlah saya mengajar.
Hj Jamaludin Shahdan Bentong itu guru saya yang mana saya berguru secara terus empat mata dengannya selama beberapa tahun,di rumahnyalah gelanggang saya belajar dengannya sejak dari rumahnya yg lama dulu sebelum dia pindah ke rumah sekarang. Saya juga turut berguru dengan arwah Hj Ismail, Tok Sidang Ismail dan sikit2 dengan Hj Rosmani.

Mengikut kisahnya memang benar cikgu Jamaludin buka Silat Sendeng Hj Hamid pada masa yg sama juga dia masih memegang jawatan Presiden SSM.

Boleh saya tau dari mana anda dapat info tentang silat Sendeng ini?

mungkin anda boleh PM saya lebih molek dan senang... :D
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: silek on 30/08/2007 12:18
Guru Sendeng!,

Bagaimana pula dengan saudara Jamaludin Jalal dan dentist Dr. Zainal? Adakah mereka masih aktif dalam Silat Sendeng?
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Guru Sendeng on 30/08/2007 12:27
Salam untuk anda juga Silek... :)

setahu saya saudara Jamal Jalal agak sibuk dgn urusan perniagaannya maka masa amat sedikit bagi dia melibatkan diri secara aktif dgn SSM seperti dulu manakala Dr Zainal pula masih aktif bersilat sendeng cuma secara 'small scale'.

Anda tinggal di mana dan jika belajar sendeng, siapa guru/jurulatih anda?

tq
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Ranggalana on 30/08/2007 12:28
Salam untuk anda saudara Amirul,

Tak mengapa jika anda tidak dapat info yg tepat dan benar tentang Sendeng... :)

......

Terimakasih untuk saudara-saudara Malaysia yang sudi menjelaskan seluk-beluk sejarah silat sendeng dengan kekhasannya. Rupanya seperti di Indonesia, di Malaysia pun informasi tentang silat cukup centang-perentang dan sulit ditelisik.

Kami pecinta silat di Indonesia menggiati sahabatsilat, antara lain bertujuan mengumpulkan informasi tentang silat yang tersebar di sini. Alangkah baiknya bila di Malaysia ada kelompok serupa kami yang juga berusaha melestarikan silat negerinya. Sungguh bila Malaysia sudah punya kelompok semacam sahabatsilat ini maka kami perlu segera berhubungan dan bertukar informasi secara lebih sistematis. Sedangkan jika belum bolehlah saya menghimbau agar saudara-saudara pecinta silat di Malaysia bergegas membentuknya. Kita tau bahwa secara budaya malaysia dan Indonesia banyak overlap. Seperti kepahlawanan Hang Tuah, adalah milik Indonesia juga. Jadi tak mungkin membahas silat satu negeri tanpa menyinggung membahas silat negeri satunya.

Bagaimana Pak Guru Sendeng? Adik Amirul? Tak perlukah kita mempererat tali silaturahmi dan membangun satu data-base persilatan bersama-sama? Bgaimana sahabat silat yang lain di sini? Setujukah dengan usulan saya?

Tak 'kan hilang Melayu di dunia,

Salam hangat,
Bramantyo.

Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Guru Sendeng on 30/08/2007 12:49
iya benar gitu pak Bram ya...

Cuba kita telusuri kebanyakan seni silat di Malaysia seperti silat Sendeng ini juga berakar dari tanah Indonesia makanya silat itu kan hak rumpunan kita semua, jadi harap tidak ada yg tersinggung andai perbincangan itu hanya serata dari Malaysia sahaja atau dari Indonesia sahaja, nah semuanya pantas saja ikut serta. Dan benar sekali juga bahawa di Malaysia ini sebenarnya info tentang satu2 persilatan itu agak mudah di dapati persoalannya adalah samada info itu tepat atau tidak? Yang pentingnya adalah, untuk kita mengetahui susur galur sesuatu persilatan itu harus kita berpegang kepada sumber yg reliable dan tepat gitu..... :), saya melihat fenomena ini seperti satu virus sebenarnya di mana public yg benar2 ingin belajar sesuatu persilatan itu tersua dengan info yg silap dan orang yg silap juga maka misleading ini hanya akan memburukkan nama perguruan tersebut juga padahal perguruan persilatan tersebut tidak tahu menahu langsung....gi mana pikirannya tuan tuan?
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Ranggalana on 30/08/2007 13:05

Saya sangat setuju dengan pendapat Pak Guru Sendeng. Di Indonesia pun sering kita temui informasi dari satu aliran yang berbeza-beza. Kelompok seperti sahabatsilat ini berusaha mengumpulkan semua informasi yang ada. Kalau semua informasi yang ada terkumpul dalam data-base yang dapat dipakai bersama tentu semakin lama informasi silat yang kita miliki akan semakin bermutu.

Sebagai contoh, saya dulu tidak mengerti samasekali kenapa di sunda Cimande dianggap sebagai ilmu nduk / awal sedangkan pendirinya dikatakan hidup di abad 18 atau 19. Ternyata penelusuran sahabat telah membuka mata saya pada kenyataan adal silat yang lebih tua di tanah Sunda, yakni gerak gulung. Dalam hubungan dengan Malaysia, saya pikir kita perlu melebarkan sayap untuk lebih banyak mempelajari data-data tentang silat-silat orang Bugis juga.

Khusus untuk Pak Guru Sendeng, Anda menyebut nama 7 Hari. Ada kawan saya di Lovina Bali yang mempelajari Silat Tujuh Harian yang sangat andal. Adakah sepengetahuan Bapak silat Tujuh Harian ini punya akar ke Malaysia atau ke Bugis?

Salam Hormat,
Bramantyo
(yang baru saja ganti nick)
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Guru Sendeng on 30/08/2007 13:30
Khusus untuk Pak Guru Sendeng, Anda menyebut nama 7 Hari. Ada kawan saya di Lovina Bali yang mempelajari Silat Tujuh Harian yang sangat andal. Adakah sepengetahuan Bapak silat Tujuh Harian ini punya akar ke Malaysia atau ke Bugis?

Salam Hormat,
Bramantyo
(yang baru saja ganti nick)

Ya Pak Ranggalana (Pak Bram)...

7 hari itu nama ilmu pukulan dalam seni silat sendeng yg saya pelajari, Pukulan Sendeng Tujuh Hari iaitu ibu pukul tertinggi dalam silat sendeng ini. Mungkin dari segi nama Tujuh Harian itu berbeza namun saya rasa maksudnya sama. Akarnya harus dari sebelah Bugis memandangkan pukulan tujuh hari dalam silat sendeng di bawa dari sana, wallahu'alam...jika saya silap harap ada yang sudi perbetulkan.. :)
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: amirulhusnitekpi on 30/08/2007 17:39
Assalamua'laikum

Saya tak ingat samaada info tu saya terbaca dari internet atau dari majalah seni beladiri atau seni silat warisan bangsa, atau juga mendengar dari orang. Maaf ya Pak!  :(

Pak Bram,

kenapa tukar ke Ranggalana Pak?? apakah maksudnya?? saya setuju dgn usul yang Pak kemukakan. Cuma mungkin saya sendiri tak dapat mengikutinya kerana akan ke australia tidak lama lagi utk menyambung pelajaran, inshaAllah.

Saya harap guru sendeng dan silek akan menjadi pemangkin ke arah sahabatsilat edisi Malaysia.

Selamat Merdeka Malaysia!!

wassalaam
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Ranggalana on 30/08/2007 17:55
Assalamua'laikum

...Pak Bram,

kenapa tukar ke Ranggalana Pak?? apakah maksudnya?? saya setuju dgn usul yang Pak kemukakan. Cuma mungkin saya sendiri tak dapat mengikutinya kerana akan ke australia tidak lama lagi utk menyambung pelajaran, inshaAllah.

Saya harap guru sendeng dan silek akan menjadi pemangkin ke arah sahabatsilat edisi Malaysia.

Selamat Merdeka Malaysia!!

wassalaam

Wa'alaikum salaam,

Ya saya tukar nick ke Ranggalana karena pertimbangan bahwa Majapahit itu musuhnya orang Pajajaran dan juga sesekali berbuat tak betul kepada Hang Tuah. Jadi kurang cocok untuk menjadi nick di forum silat yang bagaimanapun juga harus memperhatikan ex-kerajaan Pajajaran dan juga Melaka.

Ranggalana adalah seorang leluhur saya pada zaman perang Jawa (1825-30) dan dia dimitoskan di daerah saya sebagai memiliki ikat kepala sakti. Sejak kecil saya juga senang mengenakan ikat kepala (destar Jawa) ... dan namanya netral, tak bermusuhan dengan siapapun kecuali para penghianat bangsa.

Selamat Hari Merdeka buat saudara-saudara Malaysia, dan selamat melanjutkan studi ke Oztralia buat Dik Amirul. Ke kota manakah, dan belajar apakah? Bilakah Anda berangkat?

Buat Pak Guru Sendeng, terimakasih banyak untuk informasinya. Pantaslah kalau silat 7 harian berasal dari Bugis, di Bali juga adanya di Lovina yang terletak di pantai Utara. Jika Bapak katakan 7 harian itu sejenis ilmu memukul, apakah ciri-ciri dari ilmu itu, Pak?

Salam hangat
Bramantyo.
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: amirulhusnitekpi on 30/08/2007 18:17
assalamua'laikum

Pak Ranggalana  8)

InshaAllah, saya akan ke Adelaide. Saya ingin melanjutkan pelajaran dalam cultural heritage management, pengurusan warisan budaya di flinders university.

silat juga warisan budaya kita kan Pak?  ;D

Guru Sendeng,

Kenapa dinamakan pukulan tujuh hari?? adakah kerana boleh habis dalam masa 7 hari? atau musuh yg terkena pukulan ini akan menangggung sakit/mati dlm masa 7 hari???

saya juga pernah terdengar/terbaca yg pukulan tujuh hari ini diajar dalam masa tujuh hari dan tujuh malam dan hanya akan berhenti untuk makan dan solat dan sedikit tidur. ini supaya dilahirkan 'latah' dalam diri pesilat itu. harap Guru Sendeng tidak keberatan memberi kefahaman kepada pukulan 7 hari ini.

wassalaam

Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Guru Sendeng on 31/08/2007 15:53
Buat Pak Guru Sendeng, terimakasih banyak untuk informasinya. Pantaslah kalau silat 7 harian berasal dari Bugis, di Bali juga adanya di Lovina yang terletak di pantai Utara. Jika Bapak katakan 7 harian itu sejenis ilmu memukul, apakah ciri-ciri dari ilmu itu, Pak?

Salam hangat
Bramantyo.

Guru Sendeng,

Kenapa dinamakan pukulan tujuh hari?? adakah kerana boleh habis dalam masa 7 hari? atau musuh yg terkena pukulan ini akan menangggung sakit/mati dlm masa 7 hari???

saya juga pernah terdengar/terbaca yg pukulan tujuh hari ini diajar dalam masa tujuh hari dan tujuh malam dan hanya akan berhenti untuk makan dan solat dan sedikit tidur. ini supaya dilahirkan 'latah' dalam diri pesilat itu. harap Guru Sendeng tidak keberatan memberi kefahaman kepada pukulan 7 hari ini.

wassalaam

[/quote]

Ilmu pukulan Sendeng 7 hari ini adalah daripada itu hidup diatas gerak, walhal setiap pergerakan menyerang oleh tandingan kita pasti memerlukan gerak dan gayang, nah PS7H ini tidak lagi menunggu serangan tiba tetapi 'memburu' serangan musuh. Apa yg pakar sendeng perlukan hanyalah satu cetusan niat dan gerak oleh musuh maka PS7H dilancarkan secara otomatis. Namun untuk mencapai tahap tersebut perlukan masa yg bukan sedikit jadi jika ada yg bermimpi untuk belajar pukulan ini selama tujuh hari atau tujuh detik adalah satu lagi fakta yg tidak betul. Di mana nilai ilmu itu jika ia mampu dimiliki oleh semua public tanpa merasa susah senang serta jerih perit liku liku kepayahan dalam mempelajari ilmu ini? Apakah ini jaman manusia berlumba untuk menjadi 'tok guru' hebat secara instant?
Berkali saya tegaskan dalam belajar ilmu sendeng tidak ada jalan pintas!!! Banyak contoh yg saya lihat sekarang di Malaysia begitu ramai yg memperkatakan serta mengupas ilmu PS7H ini!!! Soalnya adakah mereka layak untuk bercakap tentang Sendeng 7 Hari ini? Saya berikan misalan si Polan belajar silat A hingga bertaraf guru lalu selepas itu terus mau belajar ilmu Sendeng 7 hari ini, pada pikiran tuan2 adakah cocok begitu? Harus sangat diingat ilmu Sendeng hanya boleh ditafsir dengan pengajian ilmu Sendeng sahaja, seperti juga halnya ilmu matematik hanya boleh ditafsir dengan buku matematik, tidak gitu? manakan mungkin ilmu matematik di tafsir menggunakan buku geografi misalnya? Pasti tidak pantas bukan? Jadi kembali kepada persoalan Sendeng tadi bahawa PS7H ini hanya boleh dicapai dengan pengajian ilmu persilatan Sendeng sahja jadi kena belajar Sendeng hingga faham segala isyarat petua dan falsafahnya baru boleh mencapai ilmu PS7H ini...Sendeng ini sangat2 berbeda dengan dari segi isyarat petua dan falsafahnya dengan silat2 lain...kerna itu ada yg cuba2 'copy' ilmu PS7H ini tapi sia sia kerna ilmu tak sampai sebab tafsir Sendeng tidak digunakan kerna mau short cut!!!
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Ranggalana on 31/08/2007 16:06
assalamua'laikum

Pak Ranggalana  8)

InshaAllah, saya akan ke Adelaide. Saya ingin melanjutkan pelajaran dalam cultural heritage management, pengurusan warisan budaya di flinders university.

silat juga warisan budaya kita kan Pak?  ;D

....wassalaam

Wauih hebatnya dikau adik Amirul....

Semoga segala yang dicitakan dapat tercapai di Adelaide. Kota yang khabarnya sangat indah dengan penduduk ramah dan makmur, dan memiliki acara budaya festival seni tahunan yang terkenal. Pasti Adik kerasan dan betah di sana. Dan ilmu menjaga warisan budaya tentu sangat kita butuhkan semua.

Saya punya seorang Guru / Saudara / Sahabat yang mengajar di sana, kalau gak salah di jurusan sejarah. Dia ahli Indonesia yang lama sekali tinggal di Yogyakarta, bernama Pak Anton Lucas. Sampaikan salam hangat saya padanya jika Adik berjumpa.

Wassalam,
Bram
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Ranggalana on 31/08/2007 16:12

Ilmu pukulan Sendeng 7 hari ini adalah daripada itu hidup diatas gerak, walhal setiap pergerakan menyerang oleh tandingan kita pasti memerlukan gerak dan gayang, nah PS7H ini tidak lagi menunggu serangan tiba tetapi 'memburu' serangan musuh. Apa yg pakar sendeng perlukan hanyalah satu cetusan niat dan gerak oleh musuh maka PS7H dilancarkan secara otomatis. Namun untuk mencapai tahap tersebut perlukan masa yg bukan sedikit jadi jika ada yg bermimpi untuk belajar pukulan ini selama tujuh hari atau tujuh detik adalah satu lagi fakta yg tidak betul. Di mana nilai ilmu itu jika ia mampu dimiliki oleh semua public tanpa merasa susah senang serta jerih perit liku liku kepayahan dalam mempelajari ilmu ini? Apakah ini jaman manusia berlumba untuk menjadi 'tok guru' hebat secara instant?
Berkali saya tegaskan dalam belajar ilmu sendeng tidak ada jalan pintas!!! Banyak contoh yg saya lihat sekarang di Malaysia begitu ramai yg memperkatakan serta mengupas ilmu PS7H ini!!! Soalnya adakah mereka layak untuk bercakap tentang Sendeng 7 Hari ini? Saya berikan misalan si Polan belajar silat A hingga bertaraf guru lalu selepas itu terus mau belajar ilmu Sendeng 7 hari ini, pada pikiran tuan2 adakah cocok begitu? Harus sangat diingat ilmu Sendeng hanya boleh ditafsir dengan pengajian ilmu Sendeng sahaja, seperti juga halnya ilmu matematik hanya boleh ditafsir dengan buku matematik, tidak gitu? manakan mungkin ilmu matematik di tafsir menggunakan buku geografi misalnya? Pasti tidak pantas bukan? Jadi kembali kepada persoalan Sendeng tadi bahawa PS7H ini hanya boleh dicapai dengan pengajian ilmu persilatan Sendeng sahja jadi kena belajar Sendeng hingga faham segala isyarat petua dan falsafahnya baru boleh mencapai ilmu PS7H ini...Sendeng ini sangat2 berbeda dengan dari segi isyarat petua dan falsafahnya dengan silat2 lain...kerna itu ada yg cuba2 'copy' ilmu PS7H ini tapi sia sia kerna ilmu tak sampai sebab tafsir Sendeng tidak digunakan kerna mau short cut!!!

Terima kasih untuk uraiannya Pak Guru Sendeng, sangat mengasyikkan membacanya!

Ternyata di Malaysia juga banyak yang mau silat instant ya?

Yang begini tentu jadi tugas Adik Amirul nanti sepulangnya dari menggodol ijazah di Adelaide, yakni menyadarkan kami semua akan kekhasan dan nilai tinggi warisan budaya kita.

Pak Guru Sendeng, kalau boleh tanya lanjut, apa rujukan kata-kata 7 hari itu? Apakah kalau kena pukulan ini korban megap-megap selama tujuh hari lalu tewas?

Salam hormat,
Bram
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Guru Sendeng on 31/08/2007 16:36
Pak Bram,

semoga sihat selalu anda yah..yah pukulan sendeng 7 hari ini adalah pukulan berpetua...pukulan yg dihantar kepada musuh, pukulan yg sarat dengan pengertian dan tasfsiran ilmu kesendengan. ianya tersangat pantas jadi gimana harus dihuraikan pukulan ini kerna secara mudahnya tidak ada perkataan atau ayat yg dapat menghuraikan pukulan ini. pukulan sendeng tujuh hari ini sebenarnya tidak lagi menunjukkan rupa, tidak menunjukkan teknik, tidak menunjukkan gaya, tidak juga menunjukkan geraknya jadi ianya apa? ianya adalah pukul semata..hai susah bangat dong mau menerang kan nya. bahasa modennya dipanggil 'konsep' , bahasa lamanya dipanggil petua atau falsafah. Jaman saya belajar ilmu pukulan ini guru saya juga tak mampu menghurai dengan kata kata cuma guru meminta saya berdiri dihadapannya dan menyerangnya dengan cara sendiri namun manakan dapat pak sedang anyar dipasang niat pukulan guru saya udah beres mengenai saya tau2nya saja saya udah 'terbang' di pukulnya.

tentang kesan dari pukulan ini, ada banyak dakyah mengatakan jika terkena pukulan ini tewas atau mati dalam masa tujuh hari...hehehehe tidak pernah guru saya berkata gitu pak cuma katanya 'sendeng memukul hanya sekali, tidak dua'. Yang saya tau jika terkena bisa mati secara instant pak. Pernah satu ketika Hj Hamid pengasas Sendeng Malaysia ini menampar seorang jantan yg biadap padanya lalu merana kesakitan dan esoknya mati pak...juga kisah seorang guru silat yg mencabar beliau juga hampir mati ditampar Hj Hamid jika tidak di'tawar' semula oleh Hj Hamid dengan air basuhan tangannya. itu hanya tamparannya pak gimana kalau pukulan tujuh hari yg sebenar? Pukulan ini akan mengikut kata hati sipemakai jika sipemakai berniat memukul nak bagi mati maka bisa mati org itu pak..kerna itu bukan semua bisa dapat mempelajari ilmu ini pak, harus ada didikan yg benar dan lurus agar tidak sewenangnya digunakan.

dalam sendeng, pukulan itu umpama diri kita, setiap gerak adalah juga cermin diri kita sendiri, molek gerak kita molek juga pukulan kita tadi.setiap pukulan yg dilepaskan ibaratnya nyawa kita bergantung padanya jika gagal menumbangkan lawan kita yg akan tumbang kerna itu pukulan sendeng bisa mematikan....ia hadir dari dalam diri kita bukan secara dipaksa kerna ilmu yg baik bisa menjaga kita, ilmu yg sesat dan tidak baik kita pula yg harus menjaganya. Jadi itulah hakikat sendeng. 'capai sebelum sampai,bunuh sebelum hidup'. wallahu'alam
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: amirulhusnitekpi on 01/09/2007 04:43
Assalamua'laikum

Pak Bram,

InshaAllah, akan saya sampaikan salaam Pak kepadanya jika bertemu.

Guru Sendeng,

Terima kasih diatas penjelasan guru. Saya pernah terbaca didalam internet yang Silat Sendeng Malaysia juga mempunyai permainan LEAN/LIAN (?)

Apakah yang dimaksudkan dengan lean/lian ini guru?? Bukankah di johor dan negeri-negeri lain juga terdapat silat-silat yang bernama Lian seperti Silat Lian Padukan? Ada persamaan diantara kedua-dua Lian ini guru?

wassalaam
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Guru Sendeng on 03/09/2007 07:41
[quote author=amirulhusnitekpi link=topic=193.msg3800#msg3800

Guru Sendeng,

Terima kasih diatas penjelasan guru. Saya pernah terbaca didalam internet yang Silat Sendeng Malaysia juga mempunyai permainan LEAN/LIAN (?)

Apakah yang dimaksudkan dengan lean/lian ini guru?? Bukankah di johor dan negeri-negeri lain juga terdapat silat-silat yang bernama Lian seperti Silat Lian Padukan? Ada persamaan diantara kedua-dua Lian ini guru?

wassalaam

[/quote]

Salam sdr Amirul,

Seni Lean/Lian yg terdapat dalam silibus pembelajaran SSM tidak ada kena mengena dgn silat Lian atau Lian Padukan atau mana silat Lian yg lain.

Seni Lean/Lian dalam SSM adalah salah satu kaedah permainan kuntau yg bermaksud
LEAN - Latihan Erat Anggota dan Nafas /
LIAN - Latihan Intim/Istiqamah Anggota dan Nafas

Degan kata lainnya, melalui kaedah seni Lean/Lian ini pesilat Sendeng akan dapat meningkatkan keupayaan tenaga dalam juga berkhasiat besar untuk meningkatkan kekuatan fizikal kerana pergerakannya diolah berserta dengan kaedah pernafasan namun harus dilakukan dengan berhati hati dengan cara yg betul. Wallahu'alam
 
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Guru Sendeng on 03/09/2007 15:07
salam pada rakan sepersilatan semua...

Pada pikiran saya ilmu silat sendeng ini sangat meluas bahkan sangat kaya!!!
Saya percaya di tanah leluhur Indonesia, permainan sendeng ini berwujud dalam bentuk dan seni yg di dalam kelas tersendiri manakan tidak bentuk silat sendeng yg kita bisa lihat pada hari ini mungkin daripada evolusi silat sendeng terdahulu yang pasti melalui zaman turun dan naik dan telah benar benar teruji sejak zaman berzaman hingga tersebar ke pelosok nusantara bahkan antero dunia. Beza mungkin pada nama namun jurus yg teras yg mendasari persilatan ini pasti saya kira tetap sama - sendeng / nyendeng. Lantas jika kita renungi bahawa ilmu persilatan secara umumnya adalah jambatan yg menghubungkan kebudayaan khasnya di dunia nusantara ini terutamanya di Malaysia kerana Malaysia adalah negara yg terdekat dengan tanah leluhur Indonesia.
Hubungan ini dapat di lihat sejak zaman kegemilangan kerajaan2 purbakala seperti Srivijaya,Mataram,Padjajaran,Demak,Kediri,Kampar,Acheh hingga zaman kemuncak Majapahit.
Manakala di tanah semenanjung Melayu pula seputar zaman kerajaan Langkasuka, Beruas, Kedah Lama hingga zaman kemuncaknya kerajaan Melaka. Telah berlaku migrasi dari tanah Indonesia ke tanah semenanjung Melayu atas faktor yg menolak seperti peperangan lalu migrasi ini membawa sekali salah satunya seni persilatan, jadi apabila seni persilatan tersebut mendarat di tanah semenanjung Melayu ia turut berevolusi mengikut kesesuaian, kebudayaan, keserasian dan penerimaan org tempatan ketika itu dan lahirlah ia dengan penampilan yg baru tapi pada masa yg sama mengekalkan pelajaran ini yg teras...

Gimana pikiran tuan tuan semua? Bisa dikembangkan lagi komentar saya...?
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Jali Jengki on 20/11/2007 16:26
Saya pernah dengar tentang Silat PituE, silat asli Bugis Soppeng...apakah ini bagian dari Silat Sendeng? apakah ada perbezaanya karena menurut orang Soppeng sendiri bahwa silat Sendeng adalah silat Bugis di luar Soppeng, sementara di Soppeng hanya mengenal Silat PituE. Cirinya gerakan didominasi oleh kehandalan lincah kaki (maen sengkat_kata Betawinya), dengan kuda2 tinggi, lawan rapat (konon sering bertarung dalam sarung).

Sudilah kiranya tuan2 Pendekar Sendeng menjelaskan awak nan awam ini.

Salam,
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: amboh on 27/10/2008 07:21
Baru2 ni saya berpeluang bertemu dgn seorang guru pukulan sendeng 7 hari. Dari penceritaannya, ilmu ini dari Long Mamat. Selain dari 7 kaedah pukulnya, terdpt 2 lagi buah/kaedah yg akan diguna pakai semula utk memotong/membunuh kembali ketujuh2 buah yg sebelumnya. Utk mengambilnya memerlukan edah selama 3 bulan selepas mengambil buah yg 7 itu. Jika pada pandangan guru tersebut murid tersebut layak, maka barulah diperturunkan 2 pukul yg terakhir tersebut. Menurutnya, kaedah pukulan ini diterima melalui ilham, setelah usaha2 membanteras lanun yg bermaharaja lela dizaman tersebut hampir2 menemui jalan buntu. Maklum shjlah jika lanun2 itu dari tanah bugis pastilah mereka amat handal dengan permainan  sendeng, yg amat terkenal dgn kepantasan permainannya; maka diilhamkan Allah pukulan 7 hari ini khusus untuk 'membunuh' permainan sendeng itu sendiri. Setiap 1 pukul ada/disertakan petuanya, dan tiada kebatinan didlm pelajarannya.
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: maulana on 02/11/2008 19:56
mohin tanya guru, apa yang dimaksud dengan petua tiap pukulnya, jika pukulnya berupa falsafah dimana lawan baru niat sudah terkena pukul apa ini sejenis Tenaga Dalam. Kerna menurut pengertian saya jika pukulan tidak berbentuk dan tidak berupa bagaimana pula dia boleh mencedera. banyak terima kasih untuk penjelasannya [top]
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: maulana on 13/11/2008 14:03
 :)wah kemana ni guru sendeng [top]
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: hidup on 14/11/2008 09:17
Ikutan menyimak!
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: afath on 19/12/2008 10:43
asslmalkm!!.. maaf nih kalo ane boleh kasih masukan.. Di aliran Rahmat (tenabang) ada namanye jurus sinding maling, knape d sebut sinding maling sebab jurusnye miring dan sasaran nye ke perut bawah tanpa lawan menyadari (kecolongan).. Konon katenye rahmat belajar dari orang
kalimantan (khusus 1 jurus itu) Wallahu a'lam....
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Jali Jengki on 19/12/2008 14:30
Bener, kire2 begitu Bang Fath,

Di khasanah Maenpukulan Betawi, Sendeng dikenal ame sebutan Sinding, cuman akar Sinding nyang di marih berasal dari Kalimantan (kemungkinan setelah dari Sulsel die nyebrang).

Sentra penyebaran Sinding di Betawi sekiteran Tenabang, ade juware Sinding nyang orang Betawi (ane lupa namenye), nyang sempet nularin elmu Sindingnye ke Bang Nunung. Ane dan Bang Ben (Bocah Tua Nakal) ude sempet ngerasain maenan Sinding ni, rade beda...Bang Ben sempet dapet ole2 bibirnye sariawn lantaran pocel kena toyor Bang Nunung, pas diliatin care maenin Sindingnye....bener gak Bang Ben? x-)) ...Kalo cuman dilipet2 doang... :o,...(takut kualat mode on)

Tabe'
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Dodol Buluk on 19/12/2008 14:49
Bang Ben sempet dapet ole2 bibirnye sariawn lantaran pocel kena toyor Bang Nunung, pas diliatin care maenin Sindingnye....bener gak Bang Ben? x-)) ...Kalo cuman dilipet2 doang... :o,...(takut kualat mode on)

lah..denger-denger temennye bang ben juga kena tuh...(*lirik bang jali).. [lucu]

debuls
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Jali Jengki on 19/12/2008 15:52
 :D...waktu ane sih, Bang Nunung same-same make Cingkrik, belio gak make Sinding...sambut pukulnye, ngasi pelajaran berharga buat ane nyang masing o'on sambut panjangnye....(padahal ane ude nepok lante tanda nyerah...eh masing diterusin aje... [lucu])....nyang penting ane ude dapet pelajaran berharga, utamenye maenan Cingkrik, dan pegimane care ngormatin orang tue.

Cingkrik  [top]

Tabe'
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: afath on 23/12/2008 10:06
rumeh bang nunung deket rumeh ortu ane tuh bang.. bang jali bisa kenal bang nunung dari mane ye? Kemaren ade acara bang nunung, ente dateng
ga'?
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Guru Sendeng on 29/08/2009 23:43
salam ramadhan buat semua forumers nan muslim....sejahtera keatas semuanya..
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: Guru Sendeng on 29/08/2009 23:51
mohin tanya guru, apa yang dimaksud dengan petua tiap pukulnya, jika pukulnya berupa falsafah dimana lawan baru niat sudah terkena pukul apa ini sejenis Tenaga Dalam. Kerna menurut pengertian saya jika pukulan tidak berbentuk dan tidak berupa bagaimana pula dia boleh mencedera. banyak terima kasih untuk penjelasannya [top]

salam tuan maulana...

petua pukul adalah berdasarkan niat  seperti di atas manakala pukulan yg tidak berbentuk dan tidak berupa adalah merujuk kepada kepantasan pukulan sendeng yg tidak lagi terikat dengan kaedah teknik tertentu. kerana dlm petua pukulan sendeng pesilat diajar agar tidak mengikat cara pukulan dgn teknik tertentu, ianya harus dlm bentuk yg terlahir secara jadinya. ia juga tidak harus mempunyai susun atur a, b atau c.
Title: Re: Asal Usul Silat Sendeng
Post by: fachry09 on 31/07/2010 22:25
Ass Wrb...

Saya mau nanya tempat latihan silat sendeng di jakarta dmana yaa ???
Tolong di bantu !!!