Saya yakin dan bersyukur kerana inilah kaitan sejarah yang lama hilang yang selama ini saya cari dari seberang. Bagaimana mungkin saya boleh mendapat lebih info? Jika boleh ingin benar dipelajari. Namun mustahil nampaknya untuk mempelajarinya kerana jarak yang terlalu jauh. Bolehkah agaknya saudara loobeez dapatkan saya apa-apa bentuk gambaran yang lebih jelas lagi tentang Silat Natar ini? Mungkin dalam bentuk gambar atau video, jika tidak keberatan dan tidak melanggar adab.
Jika permintaan saya keterlaluan harap dimaafkan. Saya memohon kemaafan terlebih dahulu atas sikap yang sebegitu. Sebenarnya perguruan kami disini berusaha untuk mendapatkan kembali susur galur sejarah silat ini. Apa yang ada cuma cerita dari mulut ke mulut orang-orang tua terdahulu. Yang jelas, ada beberapa silat yang berjaya ditemui disini yang dikatakan asalnya dari satu kelompok atau silat yang sama. Antara yang dapat ditemui adalah Silat Bongsu, Silat Natar, Silat Minang Syeikh Ali, Silat Syeikh Ali dan beberapa lagi yang lain.
Jutaan terima kasih saudara Loobeez atas posting yang ditulis.