Tuan Haji Bokhari bin Haji Yahami sekarang menetap di Taman Seri Batang Kali.Mula aktif dalam persilatan pada tahun 1943 di BENAI TELOK KUANTAN INDONESIA. Guru pertama beliau ialah Pendekar Babu ( Silat Pengeyan ) dan seterusnya mempelajari Silat Pedang.Bagi meneruskan persilatan Tuan Haji Bokhari berlajar pula dengan Guru Pak Awang (Silat Pendekar Bertuah ).
Di Malaysia iaitu di Segambut pada Febuari 1957 Silat Pendekar Bertuah Tuan Haji Bokhari mula mengembangkan silat ini.Pada waktu itu Pak Awang merupakan Guru Tua Silat Pendekar Bertuah dan Tuan Haji Bokhari sebagai ANAK TUA gelanggang Segambut.
Pada masa yang sama di Gombak iaitu di Batu 4 1/4 ada juga gelanggang silat pendekar bertuah . Tuan Haji Mohamad sebagai anak tua. Juga di Padang Balang Tok Empat Manaf sebagai anak tua gelanggang.Kedua-dua gelanggang ini di ajar olih Guru Tok Dahlan.
Pada tahun 1978 Tuan Haji Bokhari Haji Yahami di tabalkan menjadi GURU. Walau pun sudah berusia hampir 80 tahun beliau masih memberikan khidmat dalam mengembangkan silat ini