Jeet Kune Do (JKD) bermaksud cara menahan pukulan. Ia dicipta oleh Bruce Lee pada tahun 1967. Semasa itu, Bruce Lee mengalami kecederaan tulang belakang yang serius. Selepas itu, semasa dalam proses penyembuhan, beliau pun terfikir hendak mencipta seni mempertahankan diri yang baru.
Jeet Kune Do bukanlah sebuah gaya kungfu baru atau karate yang baru. Menurut Bruce Lee, pemahaman seni mempertahankan diri pada akhirnya bererti pemahaman mengenai diri sendiri.Harus ditekankan bahawa jeet kune do semata-mata hanyalah nama, suatu cermin yang merefleksikan keperibadian kita. Konsepnya adalah membebaskan pengikutnya dari terikut setiap gaya manapun. Dengan kepakaran Bruce Lee dalam Kung Fu Wing Chun, beliau telah gabungkan dengan beberapa seni tempur yang lain seperti Muay Thai, Karate dan sebagainya. Cuma satu saja seni tempur yang beliau tak sempat masukkan iaitu silat.
Peraturannya yang paling terkenal ialah "menyerap apa yang berguna, menolak apa yang sewajarnya diambil." Jeet Kune Do menitikberatkan kesederhanaan. Pengikutnya melihat jeet kune do sebagai satu sudut pandangan berbanding sebagai sebuah pusat pembelajaran seni mempertahankan diri atau gaya seni mempertahankan diri.
Jeet Kune Do merupakan seni mempertahankan diri yang mengamalkan bentuk pertarungan bebas dimana ianya memberi peluang kepada pengamal menjadi seorang yang kreatif dalam mengembangkan jeet kune do.
Jeet Kune Do merupakan inovasi campuran gaya pertarungan dan integrasi daripada gerakan pelbagai disiplin lain. Ianya menekankan pergerakan mengikut aliran pukulan lawan maknanya si pengamal jeet kune do akan menahan setiap pukulan lawannya sebelum dia dapat diapa-apakan.
Jeet Kune Do tiada batasan, ia adalah bebas. Dalam pepatah zen, jeet kune do tidak ada yang lebih baik atau tidak ada yang lebih buruk.
http://jkd-uswah.blogspot.com